fb fb fb fb fb

Harga tiket Muzium Melaka naik

MELAKA, 14 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memaklumkan kenaikan harga tiket antara RM2 hingga RM10 buat warganegara dan pelancong asing bermula 1 Jun ini.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, kenaikan itu melibatkan lima jenis muzium.

Ia adalah Kompleks Muzium Melaka, Kompleks Muzium Samudera, Perkampungan Hang Tuah, Muzium Kesultanan Melaka dan Muzium Kapal Selam.

Jelas beliau penyelarasan harga itu dilaksana bersesuaian dengan penambahbaikan yang dilaksana PERZIM bagi memastikan khazanah yang dipamerkan memberi ilmu bermanfaat buat pengunjung.


(Pelarasan harga tiket muzium/PERZIM) 

Menurutnya, untuk kompleks muzium, ia merangkumi beberapa muzium yang boleh dilawati dengan pembelian satu tiket.

“Untuk Kompleks Muzium Negeri Melaka yang mana ia melibatkan Muzium Sejarah, Muzium Etnografi, Muzium Pendidikan, Muzium Sastera dan Muzium TYT, galeri Laksamana Cheng Ho, ia makna dia kena bayar RM10 untuk masuk enam muzium ni, kenaikan ni bersesuaian dgn apa ilmu-ilmu yang kita dapat di dalam muzium-muzium ini,” katanya di sini.

Datuk Akramuddin yakin penyelarasan harga tiket muzium ini tidak akan merencatkan jumlah pengunjung yang hadir.


(Muzium Hang Tuah, rumah lima pembesar iaitu rumah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu di dalam satu komponen Hang Tuah Centre(HTC) 

Media Baharu