fb fb fb fb fb

Penduduk Kampung Balah, Jeli, Kelantan lega projek jambatan sudah bermula

JELI, 14 Mei - Penantian 40 tahun buat 6,000 penduduk Kampung Kuala Balah di Jeli Kelantan untuk mendapatkan sebuah jambatan akhirnya tercapai selepas kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM10.17 juta.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad, projek pembinaan jambatan di Kg Nibong sepanjang 237 meter itu sudah pun bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2024.

Jambatan yang menghubungkan Kuala Balah dengan kawasan estet itu amat penting bagi kesinambungan projek dan meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat serta memudahkan mereka mengeluarkan hasil getah dan kelapa sawit.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad merasmikan jambatan
Sungai Nibong di Kuala Balah di sini)

Datuk Seri Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, projek yang dillaksanakan kontraktor anak jati Jeli, NH Aries Sdn Bhd itu diharap siap mengikut jadual.

"Kuala Balah mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian memandangkan kawasan ini pengeluar utama tanaman jagung, labu dan tembikai dan pembinaan insfrastruktur yang lebih baik di kawasan berkenaan akan meningkatkan lagi pendapatan penduduk," katanya di sini.

Media Baharu