fb fb fb fb fb

Harga halia, tomato di Alor Setar meningkat

(Foto BERNAMA)

ALOR SETAR, 20 September- Harga halia dan tomato di sekitar Alor Setar, Kedah didapati meningkat sejak lebih sebulan lalu.
 
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata tinjauan yang dilakukan di pasar raya dan pasar basah mendapati berlaku kenaikan yang agak drastik sehingga membebankan pengguna sejak seminggu lalu.
 
Mohammad Yusrizal berkata halia dijual pada harga RM18 sekilogram berbanding di bawah harga RM11 sebelum ini.
 
Manakala tomato dijual pada harga RM8 sekilogram berbanding RM5 sekilogram sebelum ini.
 
Katanya, pemantauan yang dilakukan oleh Skuad Pengguna di seluruh daerah iaitu Kubang Pasu, Yan, Pendang, Sik, Baling,  Langkawi, Bandar Baharu dan Kulim juga mendapati berlaku kenaikan harga barangan berkenaan.

"Dan mereka (peruncit) boleh menjual dengan harga untuk 100 gram RM1.80, jadi sebelum ini tak sampai pun 100 gram RM1.80 dan tak sampai pun RM1, 80 sen, 90 sen je. Dan kalau kita tengok hari ini sehingga RM1.80, kalau kita tengok bawang putih jugak berlaku kenaikan yang agak mendadak dan juga tomato, sebelum ni harga RM5 untuk 100 gram tetapi ia meningkat sehingga RM8 (100 gram). Jadi inilah yang diberitahu oleh pengguna-pengguna yang membuat laporan kepada saya apabila kita meninjau di sini terbukti bahawa berlaku kenaikan di sini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan harga barang di Pasar Besar Alor Setar di sini.
 
Pihaknya tidak menolak kemungkinan, kenaikan tersebut berpunca daripada faktor cuaca selain kekurangan bekalan dan kejatuhan mata wang ringgit.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu