fb fb fb fb fb

Haqiem Rusli, Aris Ariwatan meriahkan Karnival Sunnah Zon Pantai Timur

Foto Terengganu FM

KUALA TERENGGANU, 29 Jun- Karnival Sunnah Zon Pantai Timur 2.0 x Jom Santai Syahmi Sazli tetap berlangsung meriah, meskipun hujan lebat di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Rata-rata pengunjung tetap setia menanti kehadiran artis-artis jemputan.

Antara yang membuat persembahan termasuk Haqiem Rusli dan Aris Ariwatan.

Tidak terkecuali Fendi Kenali, Den Manjo, Poyie Gasi dan Him Rintingmas, serta kumpulan 3 Beradik.

Malam kemuncak karnival akan berlangsung malam ini, dengan persembahan Drama Spontan Muzikal menampilkan barisan artis terkenal seperti Saiful Apek, Yassin, Bell Ngasri, Asif, Yoe Parey dan Poktar.

Karnival selama empat hari itu, bakal melabuhkan tirai, hari ini.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID