fb fb fb fb fb

Hanya 100 daripada 231 pasangan GISBH ditangkap telah berkahwin

Dr. Mohammad Fahmi Ngah

SHAH ALAM, 18 November- Hanya 100 daripada 231 pasangan suami isteri Kumpulan Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didapati telah berkahwin.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, ia hasil semakan rekod perkahwinan melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Malaysia dan sistem dalam talian lain selepas keseluruhan pasangan ditangkap mengaku berkahwin.

JAIS akan mengambil tindakan berhubung pelanggaran peraturan dan undang-undang syariah sedia ada di negeri itu termasuk Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

"Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS telah melaksanakan tangkapan kepada ahli GISBH bermula pada 22 September hingga 1 November lalu. Seramai 138 orang ahli GISBH telah ditangkap dan didakwa terdiri daripada 41 orang lelaki dan 97 orang wanita.

"Mereka yang ditangkap ini akan didakwa bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) bawah kesalahan pemerdagangan dan pemelarian kanak-kanak dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Selain itu 44 kertas siasatan telah dibuka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Seri Serdang Abbas Salimmi mengenai Isu GISBH- peranan kerajaan negeri untuk membantu mereka yang terkibat di  persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

JAIS juga telah menemu bual seramai 438 kanak-kanak (mangsa) GISBH melibatkan 226 di Selangor, Pulau Pinang (155), Johor (14) dan Negeri Sembilan (3) yang berumur antara 12 hingga 17 tahun.

Perkara itu untuk mendapatkan gambaran dan keadaan sebenar ketika mereka berada bawah kumpulan GISBH bagi membantu siasatan terhadap individu yang akan didakwa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI