fb fb fb fb fb

Hantar video lucah di media sosial, penghantar makanan mengaku bersalah

JOHOR BAHRU, 19 Mei - Seorang penghantar makanan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan memulakan komunikasi bahan lucah di laman sosial dua tahun lalu.

Pengakuan dibuat tertuduh, Muhammad Khair Ma'ani, 25 tahun di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi instagram 'mkdainel' secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk video yang lucah sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain.


(Muhammad Khair Ma'ani, 25 tahun mengaku bersalah atas dua tuduhan disini)

Kesalahan tersebut dilakukan tertuduh di No.0419, Blok C Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, pada 8.50 pagi, 25 Januari 2020.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia( SKMM), Nur Nazhzilah Mohammad Hashim.

Kes didakwa mengikut Seskyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233( 3) akta yang sama.

19 Jun depan ditetapkan untuk sebutan semula kes dan jatuh hukuman.

Media Baharu