fb fb fb fb fb

Waspada sindiket penyamaran menggunakan nama pegawai pengurusan tertinggi SPA

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menafikan tawar perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Pihak SPA telah menerima aduan serta mengenal pasti sindiket penyamaran sebagai Ahli Suruhanjaya dan Pegawai Pengurusan Tertinggi SPA yang menawarkan perkhidmatan berbayar kepada orang awam untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.


(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA dalam satu kenyataan memaklumkan agar waspada sindiket ini)

Dalam satu kenyataan, sindiket penyamaran yang dikesan itu aktif dalam platform Telegram dengan menggunakan nama serta gambar Ahli Suruhanjaya dan Pegawai Pengurusan Tertinggi SPA dalam usaha untuk memperdayakan mangsa.

"SPA memandang serius perkara ini dan satu laporan polis telah dibuat. SPA mengingat dan menasihatkan calon supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan jerat sindiket penyamaran ini," " katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Calon SPA, boleh terus memohon melalui sistem SPA9 kerana tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan kemasukan ke perkhidmatan awam.

Media Baharu