fb fb fb fb fb

Treler terbalik: Pemandu maut, kelindan cedera

GERIK, 19 Mei - Seorang pemandu treler maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan dipandu terbalik ketika melalui kilometer 24, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pagi tadi.

Adzri Mat, 43, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit.   


(Pasukan Bomba menyelamatkan mangsa kemalangan)

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.38 pagi.

Siasatan awal mendapati insiden berkenaan melibatkan sebuah lori treler 20 tan yang membawa muatan tepung telah terbalik ke bahu jalan.

Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan ambulans untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 9.55 pagi.

Media Baharu