fb fb fb fb fb

Malaysia terima 500,000 pelancong asing

AYER KEROH, 19 Mei - Malaysia menerima 500,000 kemasukan pelancong asing selepas sempadan negara kembali dibuka pada 1 April lepas.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara J.P berkata, ia adalah satu permulaan yang baik bagi membantu mencapai sasaran dua juta pelancong.

Katanya, negara sebelum ini bergantung kepada kemasukan pelancong dari China, India dan Arab.


(Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara J.P)

Beberapa inisiatif sedang dirangka yang membolehkan kelonggaran visa diberikan kepada pelancong dari negara tersebut, agar kemasukan pelancong ke negara lebih agresif sehingga akhir tahun ini.

"Tapi cabarannya masih ada di sana sebab kalau ditanya bilakah kita akan dapat capai angka tahun 2019 ianya mengambil masa kerana kita banyak mendapat pelancong daripada China, India dan juga daripada Arab manakala pelancong daripada India dan Arab dah mula kembali secara beransur ansur khususnya daripada India lebih cepat mungkin kita perlu mempermudahkan permohonan," katanya selepas melancarkan Siri Jerayawara Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di sini.

Bagaimanapun sektor pelancongan negara ini, mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya seperti dua tahun lalu memandangkan beberapa negara sasaran pelancongan mula membuka sempadan negaranya secara beransur-ansur.

Media Baharu