fb fb fb fb fb

Imigresen tahan 24 PATI di Pantai Cenang

LANGKAWI, 19 Mei - 24 Pedatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Negeri Kedah menerusi Op Selera dan Op Gegar di kawasan tumpuan pelancong, Pantai Cenang Langkawi semalam.

Ia membabitkan 22 PATI lelaki dan dua PATI perempuan dari tujuh buah negara termasuk Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Yemen, Egypt, Thailand dan Syiria.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Rosmaliza Mohamed Rashid yang mengetuai operasi berkenaan berkata, pihaknya menyasarkan sembilan lokasi panas termasuk Pusat Refleksologi dan Restoran selain berdasarkan aduan awam yang diterima sebelum ini.


(Op Selera dan Op Gegar dilakukan dikawasan Pantai Cenang disini)

PATI berusia antara 16 hingga 43 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.

Sebahagian mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen iaitu tinggal melebihi masa selepas tamat pas yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas yang telah dibenarkan.

Kesemua PATI dibawa ke lokap Pejabat Imigresen Cawangan Langkawi dan akan dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Belantek, Sik untuk tindakan susulan.

Media Baharu