fb fb fb fb fb

Lambat bertindak risiko jadikan kes HFMD bertambah serius

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak akan menjadi lebih serius jika ibu bapa lambat bertindak.

Pakar Klinikal Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Michelle Low Siu Yee berkata ia boleh menganggu fungsi organ badan seperti otak, jantung dan sebagainya.

"Peranan ibu bapa serta pusat jagaan kanak-kanak penting dalam memantau kesihatan kanak-kanak agar peningkatan kes HFMD di negara ini terkawal dan tidak membimbangkan," katanya ketika menjadi tetamu rancangan di RTM.

Beliau juga berkata penting kepada penjagaan kebersihan, ditambah kanak-kanak ini yang masih belum pandai mengurus diri mereka sendiri.

(Dr. Michelle Low Siu Yee)

Tambah Michelle, pelbagai faktor yang boleh menyebabkan penularan jangkitan termasuk sentuhan permukaan serta barangan yang dicemari kuman HFMD.

Antara simpton ketara HFMD adalah demam, ruam melepuh pada tangan, kaki dan mulut dan jika lebih serius ia akan menular sehingga jangkitan pernafasan, cirit birit serta kurang selera makan.

"Pada peringkat yang ringan itu mendapat demam, ulser di mulut, ruam dan bintik di tangan tetapi kanak-kanak ini masih boleh minum dan makan. Ini tidak perlu masuk ke hospital, ibu bapa boleh jaga sendiri kuarantin di rumah sahaja.

"Tetapi yang serius kanak-kanak sudah ada tanda jangkitan kuman paru-paru macam sesak nafas, kurang tahap oksigen dalam darah atau radang otak, jangkitan selaput otak budak boleh dapat sawan. Itu sangat tidak normal, serius dan perlu ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan seterusnya," kata beliau.

Media Baharu