fb fb fb fb fb

Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) rampas ketum 1.375 tan

PADANG BESAR, 19 Mei - Batalion 18 Pasukan Gerakan Am berjaya merampas daun ketum yang cuba diseludup ke Thailand seberat 1.375 tan bernilai RM 41,250.00

Kejadian berlaku pada 5 Mei sehingga semalam melibatkan kawasan penugasan Pasukan Gerakan Am di Padang Besar menerusi Op Wawasan Kedah/Perlis.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 18 Pasukan Gerakan Am, Superintendan Ramli Wan Salin dalam kenyataannya, sepanjang tempoh berkenaan sebanyak lima kes rampasan telah dilakukan pegawai dan anggota PGA.


(Batalion 18 PGA berjaya merampas daun ketum seberat 1.375 tan bernilai RM 41,250.00)

Daripada lima kes berkenaan,rampasan daun ketum tertumpu di tiga kawasan utama iaitu Chuping dan Padang Besar serta sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian.

Dalam operasi di Chuping dan Padang Besar, PGA berjaya merampas 360 kg daun ketum bernilai RM10,800.00, manakala dalam operasi di Wang Kelian melibatkan rampasan 1,015 kg daun ketum bernilai RM30,450.00

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Batalion 18 Pasukan Gerakan Am menerusi Op Wawasan Kedah/Perlis akan terus meningkatkan rondaan dan risikan bagi membanteras aktiviti penyeludupan rentas sempadan khususnya melibatkan barangan terlarang dan penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Media Baharu