fb fb fb fb fb

Perak tutup sementara kawasan rekreasi dan riadah hutan simpan

PERAK, 19 Mei - Jabatan Perhutanan negeri Perak bakal menutup 14 kawasan rekreasi, riadah atau hutan simpan yang mempunyai air terjun berkuat kuasa serta-merta untuk sementara waktu sehingga cuaca sesuai dilawati pengunjung.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bagi tujuan itu, satu perbincangan bersama Pengarah Jabatan Perhutanan akan diadakan dengan mengambil kira insiden yang berlaku akibat kepala air baru-baru ini.

"Jadi kita nak tutup supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya pergi ke tempat berkenaan. Dan satu lagi kita memang ada permit yang kita keluarkan untuk peminat-peminat mendaki gunung ini naik. Kalau dia ikut schedule, kita tahulah pukul berapa dia masukkan pukul berapa patut keluar," katanya.


(Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad)

Diperincikan, pendaki yang menerima permit diharap mematuhi jadual yang ditetapkan selain tidak menukar hari mendaki sesuka hati tanpa memaklumkan kepada pihak yang berkaitan.

Selain insiden di Gunung Suku, terdapat satu lagi kes kematian melibatkan seorang pendaki berusia 66 tahun ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 13 lagi rakannya di Gunung Yong Belar.

Maklumat lanjut, kata Menteri Besar, akan diberikan dalam tempoh terdekat.

Media Baharu