fb fb fb fb fb

Masyarakat perlu bersedia hadapi musim panas, cegah strok haba

KUALA LUMPUR, 19 Mei- Jabatan Meteorologi (METMalaysia) menasihatkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak mengalami strok haba.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Lim Ze Hui perkata itu berikutan peningkatan suhu dan cuaca semakin panas selepas peralihan Monsun Barat Daya sejak 14 Mei sehingga pertengahan September depan.

(Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Lim Ze Hui)

"Apabila keadaan hari hujan yang berkurangan dalam tempoh monsun barat daya, pertama sekali perkara yang sering akan berlaku ialah kejadian fenomena cuaca berjerebu,

"Keduanya, penyusutan paras empangan air dan yang ketiga berkemungkinan apabila suhu meningkat dengan mendadak, potensi untuk berlakunya gelombang haba ataupun strok haba semakin tinggi,

"Namun begitu, kita menjangkakan kenaikan suhu yg mendadak dalam tempoh musim monsun barat daya ini adalah rendah," katanya kepada Berita RTM di ibu negara.

Beliau turut menasihati orang ramai juga disaran terus mengikuti maklumat cuaca oleh METMalaysia dari semasa ke semasa.

Media Baharu