Hannah manfaatkan peluang laksana reformasi sebelum tamat penggal

Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP), Hannah Yeoh/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP), Hannah Yeoh mahu peluang yang ada ketika memegang kuasa dimanfaatkan sebaik mungkin untuk melaksanakan reformasi dan membawa manfaat kepada rakyat sebelum tamat penggal perkhidmatannya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menghormati keputusan Kongres Kebangsaan DAP 2026 dan memfokuskan perkhidmatan terbaik sehingga akhir penggal.
  • Terus memajukan Wilayah Persekutuan dan melaksanakan reformasi bersama penjawat awam, termasuk memperkukuh perlindungan warga Kuala Lumpur.
  • Menganggap tugas berat; mahu tunaikan tanggungjawab dan laksanakan yang terbaik sebelum kuasa berakhir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu berkata, beliau menghormati keputusan yang dibuat perwakilan Kongres Kebangsaan DAP 2026 pada Ahad dan kini mahu fokus memberikan perkhidmatan terbaik sehingga akhir penggal.

Katanya, beliau mahu terus memajukan Wilayah Persekutuan serta melaksanakan pelbagai reformasi bersama penjawat awam, termasuk usaha memperkukuh perlindungan untuk warga Kuala Lumpur.

“Sekarang keputusan telah dibuat kita kena fokus untuk habiskan penggal ini sebaik yang mungkin berikan perkhidmatan yang bagus.

“Ini adalah tanggungjawab yang berat dan saya nak tunaikan sebelum akhir penggal kerana kuasa ini bukan selama-lamanya. Jadi bila ada kuasa dan ada masa untuk laksanakan, kita kena laksanakan yang terbaik,” katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Bersama Kanak-Kanak di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.