fb fb fb fb fb

Hampir semua program AKM berjaya disiarkan di RTM, penuhi sasaran

(Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) antara program yang berjaya dilaksanakan dan disiarkan di RTM)

ALOR SETAR, 28 Jun - Hampir kesemua program variasi Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) berjaya diterbitkan dan disiarkan menerusi platform televisyen, radio dan media baharu di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan sekali gus memenuhi sasaran.

Pengarah Pembangunan Strategik Jabatan Penyiaran Malaysia, Abdullah Daud berkata sehingga 30 Mei sebanyak 80% atau lapan daripada 10 program baharu berjaya diterbitkan dan disiarkan menerusi platform televisyen, radio dan media baharu.

Katanya, ia melibatkan perancangan penerbitan dan penyiaran kandungan yang membawa konsep Keluarga Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2022.


(Pengarah Pembangunan Strategik Jabatan Penyiaran Malaysia, Abdullah Daud menyampaikan 
Taklimat Pelan Strategi RTM Zon Utara di Jabatan Penyiaran Kedah, Alor Setar) 

"Ia merupakan usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia dalam strategi memperkasa penyiaran komunikasi strategik bagi mendukung Aspirasi Keluarga Malaysia, antara program yang berjaya dilaksanakan ialah Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM)," kata beliau pada Taklimat Pelan Strategi RTM Zon Utara di Jabatan Penyiaran Kedah, di sini.

Turut hadir Pengarah Penyiaran Kedah, Sharimah Abu Bakar dan wakil pengurusan Jabatan Penyiaran Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

Media Baharu