LANGKAWI, 13 Januari - Sebuah bot yang membawa 97,500 karton rokok seludup ditahan pada jarak 2.7 batu nautika, Barat Tanjung Belua, Langkawi.
Nilai keseluruhan rampasan dianggar melebihi RM15 juta.
Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, tekong bersama tujuh kru bot berusia 19 hingga 55 tahun warga Indonesia turut ditahan.
"Nilai kerugian yang dialami oleh negara kita akibat daripada aktiviti penyeludupan rokok putih ini adalah RM1.9 juta yang merupakan nilai yang sepatutunya diterima oleh kerajaan kita lah untuk setiap batang rokok yang cuba dibawa masuk," katanya.
Modus operandi bermula dari Thailand untuk pasaran di negara ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 49(1) dan135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.