ISKANDAR PUTERI, 19 April- Kira-kira 5,000 hingga 6,000 penumpang dijangka pulang ke Indonesia menerusi Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour di Iskandar Puteri, Johor bermula semalam hingga 21 April ini sempena Aidilfitri.
Terminal feri yang dimiliki dan dikendalikan UEM Sunrise Berhad ini merupakan salah satu pintu masuk negara melibatkan laluan antara Johor dan Indonesia.
Penumpang sudah berada di terminal feri berkenaan sejak empat pagi untuk membeli tiket, berikutan tiket hanya dijual di kaunter dan boleh dibeli pada hari perjalanan sahaja.
Empat perjalanan ke Batam, serta lima perjalanan ke Tanjung Balai, sehari.
Bagi memudahkan penumpang, kaunter jualan dibuka bermula enam pagi pada musim perayaan, berbanding tujuh pagi pada hari biasa.
Bagi seorang tukang masak Umi Kalsom Md Nor, " gembira nak jumpa semua keluarga, berkumpul bersama cuti raya. Alhamdulillah rezeki sikit sama-sama berhari raya."
Bagi pekerja pembersihan hotel Asnahwati Limin yang ditemui pemberita, "sangat gembira sudah tiga passport, tak tahu saya berapa tahun, yang kedua itu COVID-19, tiga tahun kita tak boleh masuk sini."
Menurut pekerja restoran Burhan Abdullah, "saya dua tahun tak balik, kali ini saya sangat gembira tengok suasana sebab tahun kelmarin tak boleh balik."
(Penumpang yang akan pulang ke Indonesia)