fb fb fb fb fb

Hampir 5,500 penduduk terjejas banjir di Kelantan

Penduduk terjejas banjir ditempatkan di beberapa PPS di Kelantan

PASIR MAS, 18 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan terus meningkat kepada 5,401 individu daripada 1,720 keluarga.

Kesemua penduduk terjejas banjir berada di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), "setakat pukul 7.00 petang tadi, sebuah lagi PPS dibuka iaitu Sekolah Menengah Agama (A) Pohon Buluh dengan menempatkan 44 individu membabitkan 19 keluarga.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2 menyaksikan penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 1,192 individu diikuti SK Gual Tok Deh (901) dan SK Gual Tinggi (583)."

Sementara itu di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial menempatkan kira-kira 477 individu terjejas banjir, SK Gual Periok (511), Masjid Mukim Padang Licin (255), SK Sri Kiambang (412), SK Lati (239), SMK Gual Periok (144) dan SK Kedai Tanjong (78).

Turut beroperai PPS di SK Gual Sitok yang menjadi tempat perlindungan kira-kira 304 penduduk terjejas banjir, Madrasah Tasek Bakong (194), SK Kok Pauh (11), Masjid Lubok Gong (47) dan Masjid Baitul Rahman menempatkan sembilan penduduk terjejas banjir.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI