fb fb fb fb fb

Hampir 350 penduduk terjejas banjir di Johor, Pahang

Foto fail

KUALA LUMPUR, 7 Januari- Seramai 347 penduduk terjejas banjir masih berlindung di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan Johor dan Pahang.

Menurut infoBencana Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) di Johor seramai 338 penduduk terjejas banjir di enam PPS masing-masing di Mersing (dua), Kluang (satu) dan Kota Tinggi Tinggi (tiga).

Ia melibatkan 92 buah keluarga terjejas banjir.

Manakala di Pahang ia melibatkan satu PPS iaitu di Dewan Orang Ramai Bukit Ibam, Rompin yang menempatkan sembilan penduduk terjejas banjir daripada dua buah keluarga.

Sementara itu bagi kes tanah runtuh di Terengganu, satu PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Taman Perumahan Wakaf Tengah, Kuala Nerus yang melibatkan enam penduduk terjejas.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI