fb fb fb fb fb

Hampir 250,000 PATI pulang secara sukarela menerusi Program Rekalibrasi Pulang

BATU KURAU, 25 Jun - Seramai 282,561 pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah berdaftar untuk pulang secara sukarela menerusi Program Rekalibrasi Pulang, sejak ia dilaksanakan pada Disember 2020.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin daripada jumlah itu seramai 243,297 individu telah pulang ke negara asal masing-masing.

Program tersebut akan berakhir pada 30 Jun ini.

"Kita akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja yang tidak mahu menerima arahan yang telah pun kita keluarkan. Tempoh hari masih lagi ada yang ambil sambil lewa, sama ada mereka yang tinggal di sini, warga asing yang tinggal di sini tanpa dokumen yang sah, tanpa pengesahan yang dibuat oleh Imigresen. Begitu juga dengan majikan yang mengambil mereka bekerja, kita akan bawa mereka ke mahkamah," kata Hamzah di sini.

(FOTO FAIL)

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kenduri Rakyat di Dewan Orang Ramai Jalan Besar, Kampung Anak Kurau, di sini.

Program Rekalibrasi Pulang merupakan program yang membenarkan PATI untuk pulang ke negara asal secara sukarela tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.

Media Baharu