fb fb fb fb fb

Pilih ikan air tawar, elak kebergantungan terhadap ikan laut

TAMPIN, 25 Jun - Sumber ikan air tawar berpotensi untuk dikomersialkan sebagai jaminan bekalan ikan tanpa kebergantungan terhadap ikan laut.

Orang ramai turut digalakkan untuk memilih sumber protein itu sebagai alternatif kepada sumber perikanan sedia ada.

Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Datuk Azahari Othman pemilihan dan pengambilan ikan air tawar sumber protein utama kelak mampu mewujudkan pendapatan tambahan kepada komuniti perikanan.

Berdasarkan statistik subsektor akuakultur menyumbang kepada 22 peratus jumlah pengeluaran ikan dalam negeri.

"Ikan air tawar ini mampu dibeli oleh masyarakat. Jika kita lihat ikan keli di pasaran lebih kurang RM15 ringgit yang siap disiang. Jadi kalau kita lihat juga contohnya ikan tilapia semuanya mampu dibeli oleh masyarakat. Jadi kita cuba untuk meningkatkan produktiviti satu ternakan dan seterusnya dapat memberikan harga yang kompetitif kepada pengguna pada masa akan datang," kata Azahari di sini.

(FOTO FAIL)

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program Jelajah Jom Makan Ikan Air Tawar di sini.

Program berkenaan bertujuan meningkatkan perspektif positif awam terhadap pengambilan ikan air tawar sebagai sumber protein utama.

Terdahulu, kerajaan menyasarkan sumbangan sektor akuakultur sebanyak 40 peratus kepada keseluruhan pengeluaran perikanan Malaysia menjelang tahun 2030.

Media Baharu