fb fb fb fb fb

MEDAC sasar tambah 500 Coopmart lagi

KOTA BHARU, 25 Jun - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan tambahan lebih 500 buah kedai koperasi atau Coopmart di seluruh negara.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Muslimin Yahaya, ia bagi membantu menangani kos sara hidup yang dilihat semakin meningkat.

Ketika ini terdapat 400 Coopmart di seluruh negara melibatkan pelbagai jenis koperasi.

"Koperasi kita sangat signifikan dengan Coopmart mana ada kedai jimat yang harga lebih rendah daripada pasaran biasa dan setakat ini kita menyasarkan lebih daripada 500 Coopmart untuk kita laksanakan seberapa banyak koperasi yang ada kemampuan untuk kita bina rangkaian kedai Coopmart pada harga yang lebih murah kita berikan kepada ahli dan kita berikan pada rakyat juga pada harga lebih murah," kata beliau pada sidang media sempena Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kelantan, di sini.


(Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya berucap pada 
perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kelantan)  

Jelas Muslimin, pihaknya akan memastikan sama ada koperasi masjid atau koperasi berasaskan perkhidmatan untuk dijadikan Coopmart dengan bantuan dana daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Media Baharu