fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud

FOTO FB MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT

KUALA LUMPUR, 15 November - Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 magnitud melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 1.33 tengah hari, pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 4.0 darjah utara dan 126.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer, iaitu kira-kira 33 kilometer di timur Kepulauan Talaud.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan terbabit.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM