fb fb fb fb fb

Galeri Seni Lin Xiang Xiong medium promosi keamanan, kesejahteraan

Lin Xiang Xiong

GEORGE TOWN, 15 November - Pembukaan Galeri Seni Lin Xiang Xiong di sini platform penting dalam memupuk seni dan budaya, di samping membuka ruang kerjasama strategik antara universiti tempatan dan pelbagai organisasi keamanan dunia.

Pengasas Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Lin Xiang Xiong berkata, galeri itu akan terus memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai hab seni lukis serantau yang berpengaruh serta mampu menarik perhatian komuniti seni antarabangsa.

"Matlamat utama kami adalah menggunakan seni sebagai medium besar untuk mempromosikan keamanan demi kemanusiaan dan kesejahteraan sejagat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas majlis pelancaran Galeri Seni Lin Xiang Xiong yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib di sini.

Terletak berhampiran Jambatan Pulau Pinang, galeri yang diasaskan Lin Xiang Xiong yang juga merupakan seorang warga Singapura akan dibuka kepada umum dalam masa terdekat.

Galeri itu akan menampilkan 99 karya seni Lin Xiang Xiong yang mempromosikan keamanan sejagat.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bersama Lim Guan Eng dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI