fb fb fb fb fb

Hampir 1,000 peserta meriahkan Perlis Vacay Run 2024

Larian Program Perlis Vacay Run 2024 bermula dan berakhir di Maktab Rendah Sains MARA Beseri

BESERI, 26 Mei - Hampir 1,000 peserta memeriahkan Program Perlis Vacay Run 2024 yang melibatkan penglibatan bukan sahaja dari dalam negara, malah turut disertai peserta dari Thailand dan Nepal.

Ia melibatkan kategori utama iaitu sejauh 10 kilometer serta larian santai bagi lelaki dan wanita sejauh lina kilometer dan kanak-kanak bagi jarak 1.5 kilometer.

Pengetua MRSM Beseri Mohd Rizalmi Dahaman berkata, program dilaksanakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-81 Raja Perlis, mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 serta memperkenalkan lokasi tarikan pelancong dan produk usahawan tempatan dan bumiputera.

"Selain itu, larian ini juga untuk memberi inspirasi dan mengingatkan semua pihak agar membentuk masyarakat yang sihat dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Penyertaan peserta dari dalam dan luar negara membuktikan semangat komuniti dan komitmen yang ditunjukkan memberi impak positif dalam menjayakan edisi larian kali ini dan akan diteruskan pada skala lebih besar bagi edisi seterusnya." kata Mohd Rizalmi.

Beliau memaklumkannya pada Perlis Vacay Run 2024 di MRSM Beseri yang dianjurkan MRSM Beseri danSyarikat Exito Aparel serta mendapat kerjasama dari 19 rakan strategik antaranya Pejabat MARA Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri dan APM.

Penyertaan bersama-sama daripada pelbagai lapisan masyarakat, program itu merupakan satu simbolik kepada keharmonian dan keutuhan perpaduan yang dikecapi sehingga kini.

 

TETITIA YUSOFF