fb fb fb fb fb

Hak penganjur gugur penceramah, bagi kelancaran program

KUALA LUMPUR, 18 September- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan menjawab isu berkenaan pengguguran nama seorang penceraman dalam Program Muslimah Putrajaya Berselawat yang dijadualkan pada 24 September ini di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff, isu pembatalan penglibatan penceramah itu merupakan hak penganjur bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.

Kenyataan itu susulan aduan diterima daripada pihak-pihak tertentu yang mempertikai penceramah Datuk Dr Norhafizah Musa dalam program itu. 

Bagaimanapun pihak MTMZA berbincang bersama-sama penganjur utama bagi mencapai kesepakatan untuk menggantikan tokoh lain bagi mengelakkan timbulnya isu-isu berbangkit.

Hakimah turut berharap isu tersebut tidak diperbesarkan kerana ia menjadi hak penganjur untuk menentukan keputusan terbaik.

Program itu merupakan penganjuran badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) Putrajaya sebagai lokasi program tersebut.

(Foto hiasan)

 

Media Baharu