fb fb fb fb fb

Haji: Kekalkan imej baik negara, jaga kebersihan ketika di masya'ir - Idris

MAKKAH, 6 Julai- Jemaah haji Malaysia perlu mengekalkan imej baik dari semua sudut ketika di tanah suci termasuk menjaga kebersihan ketika di masya’ir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata usaha kempen kebersihan di maysa’ir yang digerakkan sejak 2017 oleh Tabung Haji (TH) telah mendapat pujian dari kerajaan Arab Saudi.

Justeru, ia perlu dikekalkan agar nama Malaysia terus dihormati setiap kali tibanya musim haji.

"Ia sebenarnya selari dengan Islam. Kaedah kita, tertib kita di bumi yang berkat ini bumi yang makbul ini. Maka, sudah tentu antaranya akhlak kita, disiplin kita dah tentu kita lakukan yang terbaik. Kita ada nilai tambah lagi adalah kita tunjukkan bukan sahaja kita cakap Islam itu bersih tetapi kita mesti juga dilihat Islam itu mengutamakan kebersihan," kata Idris selepas beramah mesra dengan jemaah haji di Bangunan Land Premium dan Qasr Al-Janadriyah, di sini.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata demikian ketika bersama jemaah haji Malaysia di Makkah)

Beliau turut memuji jemaah haji Malaysia kerana sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan Arab Saudi.

Media Baharu