fb fb fb fb fb

Guru dilengkapkan pengetahuan, kemahiran bendung masalah kesihatan mental di kalangan pelajar sekolah

(Pengarah Operasi Educity Iskandar Malaysia, Prof Dr Sakina Sofia Baharom)

JOHOR BAHRU, 17 Oktober - Educity Iskandar Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), melengkapkan para guru dengan pengetahuan dan kemahiran,
membendung masalah kesihatan mental di kalangan pelajar sekolah.

Inisiatif dijalankan menerusi Persidangan Kaunseling Kesedaran Kesihatan Mental, di Iskandar Puteri, disertai 1,000 guru kaunseling daripada sekolah kebangsaan dan menengah seluruh negeri dan akan memanfaatkan 582,153 murid.

Pengarah Operasi Educity Iskandar Malaysia, Prof Dr Sakina Sofia Baharom berkata insiatif memberi kemahiran serta peralatan kepada guru untuk membimbing pelajar dan memahami tanda-tanda awal krisis kesihatan mental.

Pendekatan termasuk memberi panduan tentang kemahiran intervensi bagi masalah kesihatan mental yang lebih teruk.


(Persidangan Kaunseling Kesedaran Kesihatan Mental, di Iskandar Puteri, disertai 1,000 guru
kaunseling daripada sekolah kebangsaan dan menengah)

Program dibentuk susulan terdapat banyak kajian yang menunjukkan wujudnya masalah kesihatan mental di kalangan pelajar sekolah antaranya ketika menduduki peperiksaan, selain didorong faktor seperti ketagihan dan persekitaran dalam talian.

"Kami baru tadi berbincang dengan pihak Jabatan Kesihatan, mungkin ada juga isu-isu ketagihan, ketagihan ini, ia boleh menjadi ketagihan dengan 'device' (peranti), ketagihan dengan elemen elemen seperti vape semua, jadi ini lah macam mana kami (lakukan) untuk menangani masalah-masalah tersebut, sebagai penyelidik," kata beliau.

Persidangan bermula hari ini sehingga esok, melibatkan Bengkel Pengurusan Gangguan Kesihatan Mental, dan Intervensi Murid Cicir, Kehadiran Murid, serta Teori Sayang Diri Sendiri.

Media Baharu