fb fb fb fb fb

Modul kursus PRU, tingkatkan kualiti pelaporan wartawan - IPPTAR

SEREMBAN, 17 Oktober- Pengamal media yang bertugas di Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) akan terus ditawarkan kursus berkaitan pelaporan Pilihan Raya Umum (PRU) agar hasil kerja mereka berada di landasan yang tepat serta mengikuti perkembangan semasa. 

Untuk tujuan itu, Institusi Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan menganjurkan Kursus Kewartawanan Kreatif bagi meningkatkan kompetensi para petugas.

Ketua Bahagian Akademik IPPTAR, Kumaran Subramaniam berkata modul kursus yang pernah dilaksana sebelum ini ternyata berjaya memberi impak besar kepada peserta dan akan terus ditambah baik. 

"Untuk meningkatkan kompetensi wartawan pelapor kursusnya ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang ini supaya mereka mendekati pelaporan mereka dengan cara yang lebih kreatif bersesuaian dengan trend dan kehendak sasaran yang terkini. Itu merupakan hasrat kita untuk mengadakan kolaborasi ini," kata Kumaran kepada pemberita RTM selepas sesi wawancara Slot Kemilau Negeri di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini.


(Ketua Bahagian Akademik IPPTAR, Kumaran Subramaniam ditemui pemberita RTM selepas
sesi wawancara bersama siaran radio NEGERIfm, hari ini)

Lebih 15 peserta peserta kursus terdiri daripada penerbit rancangan, juruhebah, wartawan serta penolong jurutera menyertai kursus selama tiga hari yang diadakan di Seremban.

Media Baharu