fb fb fb fb fb

5,000 penghantar makanan terima caruman SKSPS di bawah PERKESO

PETALING JAYA, 17 Oktober- 5,000 penghantar makanan menerima caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan nilai keseluruhan RM250,000.

Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal berkata caruman tahun pertama itu ditaja sebuah syarikat makanan segera bagi melindungi golongan itu daripada bencana pekerjaan.

Jelasnya, caruman tersebut adalah usaha kerajaan menerusi inisiatif SPS Padanan Caruman di bawah Bajet 2022.

"Bantuan ini melibatkan pembiayaan oleh kerajaan sebanyak RM186.20, 80% daripada jumlah keseluruhan pelan caruman kedua SKSPS sebanyak RM232.80 manakala OBS hanya perlu membayar RM46.60, 20% sahaja untuk tempoh perlindungan selama setahun," kata Subahan kepada RTMselepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) SKSPS antara McDonald's Malaysia dan PERKESO.


(Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal menyaksikan sesi menandatangani
MoU antara McDonald's Malaysia dan PERKESO, hari ini)

Bantuan SKSPS meliputi lapan faedah antaranya, perubatan, hilang upaya sementara dan kekal, orang tanggungan dan pendidikan.

Media Baharu