fb fb fb fb fb

Guna hak Undi18 dengan bertanggungjawab- KBS


BANGI, 25 Januari- Peluang mengundi menerusi pelaksanaan Undi18, perlu digunakan generasi muda dengan penuh tanggungjawab untuk memilih pemimpin.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hak itu yang bakal dilaksanakan bermula Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Johor, perlu digunakan secara baik dan diambil serius oleh golongan muda demi masa depan dan kepentingan negara.

"Saya percaya kita akan lihat (Undi18) pada PRU DUN Johor tak lama lagi. Ia agak menarik bagi kami untuk melihat bagaimana kecenderungan anak-anak muda berumur 18 tahun ke atas, menggunakan hak baharu mereka dengan bertanggungjawab.

"Ini sesuatu yang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa ingatkan, supaya hak baharu ini bukan untuk cuba mencuba, untuk dijadikan durauan atau dimain-mainkan, tetapi diguna dengan penuh bertanggungjawab,” katanya yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia selepas merasmikan mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara di sini.

Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Disember menyatakan pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas berkuat kuasa pada 15 Disember lepas.

Berikutan itu, dilaporkan bahawa berlaku pertambahan lebih kurang 700,000 pengundi baharu dalam kalangan anak muda yang layak mengundi pada PRU DUN Johor, meningkat kepada kira-kira 2.5 juta pengundi secara keseluruhan.

Sabtu lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor, untuk memberi laluan kepada PRU DUN Johor.
Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Disember menyatakan pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas berkuat kuasa pada 15 Disember lepas.

Berikutan itu, dilaporkan bahawa berlaku pertambahan lebih kurang 700,000 pengundi baharu dalam kalangan anak muda yang layak mengundi pada PRN Johor, meningkat kepada kira-kira 2.5 juta pengundi secara keseluruhan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa satu mesyuarat khas untuk menentukan tarikh PRU DUN Johor ke-15 akan diadakan pada 9 Februari ini.

Ia selepas pada Sabtu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenanmenandatangani watikah pembubaran DUN Johor, untuk memberi laluan kepada PRU DUN Johor.

Media Baharu