fb fb fb fb fb

Guna budi bicara sebelum kompaun peniaga kecil di kawasan bandar

SHAH ALAM, 22 Mac- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memberi kelonggaran dan tidak mengenakan kompaun kepada peniaga kecil yang berniaga di lokasi tertentu di kawasan bandar buat masa ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar memohon supaya PBT menggunakan budi bicara sebelum mengenakan sebarang tindakan.

Jelas beliau, ramai peniaga yang sedang berusaha memulihkan kembali perniagaan dan memastikan kelangsungan hidup dalam keadaan sukar ketika ini.

"Berilah peluang kepada mereka, memadai dengan hanya nasihat, beri bimbingan dan jangan terus ambil tindakan.

Benar, sesiapa yang langgar undang-undang boleh diambil tindakan, tetapi kadangkala kita harus guna budi bicara," katanya dalam sidang media Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia kepada Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) di sini.

(Foto fail)

Pada majlis berkenaan 2,356 Sahabat Usahawan AIM terdiri daripada usahawan informal menerima geran khas RM3,000 setiap seorang.

Media Baharu