fb fb fb fb fb

Guna aplikasi telefon pintar, kaedah cadangan kawal agihan barang bersubsidi - Alexander

KUCHING, 25 Jun - Penggunaan aplikasi telefon pintar untuk merekodkan pembelian barang kawalan, merupakan antara kaedah yang dicadangkan untuk mengawal ketat agihan barangan bersubsidi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan masih meneliti kaedah terbaik dan beberapa syor telah disuarakan sebagai langkah mengekang ketirisan, termasuk pembelian minyak masak kampit satu kilogram.

“Kita tetapkan dua paket (minyak masak kampit) untuk seorang, tapi ada antara pengguna selepas buat pembelian, mereka pergi ke kedai lain dan beli lagi. Kita sedar itu berlaku.

“Mungkin boleh pakai aplikasi nanti jadi kalau pengguna nak beli lagi di kedai lain, aplikasi itu tidak akan benarkan. Ini bukan untuk minyak masak sahaja, tapi barangan subsidi yang lain,” kata beliau selepas melawat kilang pembungkusan minyak masak, di sini.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
ditemu bual media selepas melawat kilang pembungkusan minyak masak di Kuching, Sarawak) 

Alexander turut memberi amaran kepada pemain industri untuk tidak terbabit dalam aktiviti penyelewengan barangan bersubsidi.

Beliau tidak teragak-agak untuk menggantung permit syarikat sekiranya didapati bersalah.

Media Baharu