(Presiden PENGHANTAR, Zulhelmi Mansor dan Presiden MSOH, Dr Shawaludin Husin menunjukkan MoU ditandatangani
yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan dalam kalangan penunggang p-hailing)
SHAH ALAM, 25 Jun - Anggaran tiga hingga empat kes kemalangan dilaporkan secara mingguan berlaku dalam kalangan penunggang p-hailing.
Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) Zulhelmi Mansor berkata, ini kerana mereka terlalu penat bekerja serta terikat dengan sistem aplikasi.
Selain itu kurangnya kesedaran mengenai tahap keselamatan juga antara punca utama berlaku kemalangan melibatkan golongan terbabit.
“Rata-rata mereka bekerja melebihi empat jam tanpa henti demi mengejar trip dan tempahan sehingga kepenatan dan akhirnya mengakibatkan kemalangan,” kata beliau selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PENGHANTAR dan Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan Malaysia (MSOSH) di sini hari ini.
(Foto fail)
MoU tersebut ditandatangi Zulhelmi mewakili PENGHANTAR manakala MSOSH diwakili Presidennya Dr Shawaludin Husin, yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan dalam kalangan penunggang p-hailing.
Sementara itu jelas Shawaludin, MSOSH akan mengiktiraf modul Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang dibangunkan PENGHANTAR, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Ia akan diadaptasikan dalam panduan KKP P-Hailing secara menyeluruh sekali gus memperbaiki jaringan keselamatan sosial pekerjanya," katanya.