fb fb fb fb fb

Penyelidikan berkaitan minyak sawit, henti pergantungan kepada import

KUALA LUMPUR, 25 Jun - Kerjasama antara pihak kerajaan, universiti dan industri minyak penting bagi memastikan bekalan minyak masak stabil.

Antaranya dengan melakukan pelbagai penyelidikan berkaitan minyak sawit bagi menampung permintaan dalam negara agar tiada pergantungan kepada import.

Timbalan Pengarah (Penyelidikan) Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr. Rohami Shafie berkata kerajaan juga perlu mempunyai perancangan pelaksanaan yang bersifat ampuh dan mampan untuk manfaat rakyat.

(Profesor Madya Dr. Rohami Shafie)

"Kerajaan masih membantu, cuma kerajaan hanya menarik balik subsidi minyak berbotol iaitu 1kg, 3kg dan 5 kg. Subsidi yang ditarik ini adalah subsidi yang diberi oleh seluruh rakyat Malaysia sejak tahun lalu kerana suasana pendemik. Saya menjangkakan dalam bajet 2023 yang akan diumumkan beberapa bulan lagi kerajaan akan mengumumkan beberapa inisitiaf untuk membantu golongan yang terjejas teruk ekoran pandemik," kata Dr. Rohami di sini.

Beliau turut menyambut baik usaha kerajaan ketika ini yang menyalurkan pelbagai bantuan, termasuk bayaran tambahan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Media Baharu