KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dibincangkan dalam penyediaan belanjawan tahun ini
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, perkara itu bakal dibawa dalam perbincangan kabinet untuk bajet 2024, tertakluk pada keadaan ekonomi semasa.
"Namun seperti yang dikatakan sebentar tadi, hasil pada tahun ini memberi petunjuk positif kepada ekonomi. Jadi tahun depan kami menjangkakan ekonomi global akan mencatat pertumbuhan sederhana.
"Malaysia tahun ini perolehan hasil juga dibantu dengan pembayaran dividen utama oleh Petronas," kata Tengku Zafrul dalam sidang media selepas perbentangan Bajet 2023 di Parlimen di sini.
(Tengku Datuk Seri Zafrul berkata GST tidak dibincangkan dalam Bajet 2023)