GSF 2.0: Israel tahan 40 bot, 25 rakyat Malaysia antara aktivis ditahan

Empat lagi rakyat Malaysia masih meneruskan pelayaran ke Gaza./RTM

SEPANG, 19 Mei – Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan jumlah rakyat Malaysia ditahan tentera rejim Zionis meningkat kepada 25 orang manakala empat lagi masih meneruskan pelayaran ke Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • 40 bot misi GSF 2.0 dipintas dan diceroboh, termasuk 15 bot yang membawa rakyat Malaysia.
  • Kesemua aktivis diculik dan dipaksa keluar secara haram ke empat kapal dipercayai milik tentera Israel.
  • Belum ada pengesahan lokasi aktivis ditahan sama ada atas kapal, dipindahkan atau dibawa ke pelabuhan Ashdod.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Halim Araby memberitahu, 40 bot misi GSF 2.0 telah dipintas dan diceroboh tentera Israel termasuk 15 bot yang membawa rakyat Malaysia.

“Kesemua aktivis telah diculik dan dipaksa keluar secara haram dari bot masing-masing ke empat kapal dipercayai milik tentera rejim penjajah.

“Setakat ini kita belum menerima pengesahan mengenai status lokasi aktivis telibat ditahan, sama ada di atas kapal, dipindahkan atau dibawa ke pelabuhan Ashdod,” jelasnya kepada pemberita di sini.

Tambah beliau, 10 buah bot termasuk Alcyone, Don Juan dan Zefiro yang membawa empat rakyat malaysia kini dilaporkan berada dalam lingkungan 100 batu nautika menghampiri pantai Gaza.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.