fb fb fb fb fb

Graduan UniSZA disaran manfaatkan kemajuan teknologi

Facebook UniSZA

KUALA NERUS, 2 November - Semua graduan Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA disaran menguasai kemajuan teknologi kecerdasan buatan, AI tanpa menjejaskan nilai, adab serta akhlak dalam kehidupan.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah graduan UniSZA turut dituntut menjadi sebahagian "Khairul Ummah", dalam memanfaatkan kemajuan teknologi.

"Graduan perlu berperanan sebagai "Khairul Ummah", yang mampu menggabungkan kecerdasan teknologi dan membina pembangunan sosial berlandaskan keutuhan adab," titah baginda yang juga Canselor UniSZA pada Majlis Konvokesyen ke-17 UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus.

Lebih 4,000 graduan menerima Doktor Falsafah (PhD), Sarjana, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma pada konvokesyen ke-17 yang bermula hari ini hingga 6 November.

Pada majlis itu, legenda sukan olahraga negara Datuk Marina Chin menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan.

Sementara, Che Wan Nur Damia Che Wan Roslan dan Koh Wen Xuan menerima Anugerah Pelajaran Diraja.

FAUZIAH ABD RAHMAN