fb fb fb fb fb

Graduan UCYP disaran teroka ilmu baharu hadapi perubahan teknologi

FOTO FB Wan Rosdy bin Wan Ismail

KUANTAN, 1 Disember - Graduan pada masa kini diingatkan supaya bersikap terbuka untuk meneroka ilmu baharu seiring kepesatan perubahan teknologi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata para graduan perlu sentiasa peka dan bersedia mengadaptasi ilmu baharu bagi memastikan mereka terus melangkah ke hadapan.

“Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang perlu kita terokai kerana keadaan berubah begitu pantas. Macam sekarang ni siapa sangka zaman AI, sebelum itu tak ada AI, sebelum itu komputer, dan perubahan komputer pun begitu cepat kadang-kadang kita tak terkejar. Maknanya kita kena peka dan bersedia menghadapi ilmu-ilmu baru supaya kita boleh terus maju ke hadapan," katanya.

Beliau menambah, ilmu yang diperoleh di kampus menjadi pedoman ketika memasuki alam pekerjaan, tetapi para graduan perlu terus menimba ilmu untuk mengembangkan kebolehan mereka.

Datuk Seri Wan Rosdy turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian kebolehpasaran pelajar lepasan University College of Yayasan Pahang (UCYP) yang berjaya mendapat tempat terbaik di syarikat swasta. Beliau berharap pencapaian ini menjadi pemangkin untuk graduan terus berdaya saing.

Muhammad Haizad Bakri, 25 tahun, yang dipilih sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Menteri Besar Pahang, menasihati para pelajar supaya terus berusaha dan tidak menganggap kegagalan sebagai penghalang kepada masa depan.

“Jadi akademik sangat penting kerana ia membawa kita kepada kecemerlangan, begitu juga kepimpinan. Akademik kita belajar secara teori, jadi untuk capai kejayaan, ilmu yang dipelajari perlu diaplikasikan dalam kehidupan, bukan hanya untuk peperiksaan semata-mata," katanya.

Anak sulung pasangan mekanik Bakri Abd Manan, 53 tahun dan peniaga kecil Rahimah Hassan, 49 tahun, itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.63 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Islam dengan Perniagaan Halal.

0112 PHG MB TEROKA ILMUMuhammad Haizad Bakri,  penerima Anugerah Kepimpinan Menteri Besar Pahang

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE