fb fb fb fb fb

Golongan sarjana perlu aktif promosi kehebatan Alam Melayu ke pentas dunia

(Perasmian Persidangan Pusat Jaringan Global Pengajian Malaysia (GMSN) anjuran Institut Kajian Etnik,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Putrajaya.)

PUTRAJAYA, 27 Jun- Para sarjana tempatan disaran agar terus aktif dalam mempromosikan khazanah kehebatan Alam Melayu ke pentas dunia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, beliau mengakui kekayaan Alam Melayu kini dijadiakan aktiviti dasar luar yang diberikan tumpuan Wisma Putra.

"Kerja-kerja dasar luarterutamanya diplomasi budaya dan sebagainya tidak dapat dilaksanakan andainya kita tidak mempunyai kandungan yang baik,

"Kami di Kementerian Luar berperanan sebagai jurubicara dasar luar yang perlu bermula di laman sendiri," katanya ketika merasmikan Persidangan Pusat Jaringan Global Pengajian Malaysia (GMSN) anjuran Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Putrajaya.

(Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah merasmikan Persidangan Pusat Jaringan Global Pengajian Malaysia (GMSN) secara virtual)

"Harapan kita ialah supaya cerdik pandai dalam negara ini dapat membantu untuk memperkenalkan Malaysia kepada dunia melalui diplomasi akademik berdasarkan hasil kajian dengan bukti yang empirikal bagi memberikan gambaran yang lebih tepat tentang negara kita," tambahnya lagi.

Selain itu, Datuk Seri Saifuddin turut menyatakan penglibatan cendekiawan tempatan boleh membantu usaha diplomasi budaya menjadi lebih holistik dalam mempromosikan Malaysia di luar negara

Media Baharu