fb fb fb fb fb

GLIC pacu pelaburan domestik, meningkat RM30 bilion

Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) terus memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan meningkatkan pelaburan domestik kepada RM30 bilion tahun hadapan, berbanding RM25 bilion pada tahun ini menerusi inisiatif GEAR-uP.

Perdana Menteri menjelaskan, langkah tersebut sejajar dengan usaha kerajaan memperkukuh sektor strategik dan menyokong pertumbuhan syarikat tempatan yang berpotensi tinggi.

"Pelaburan GLIC akan memberi tumpuan kepada syarikat dan pasaran yang berada di peringkat pertumbuhan, khususnya dalam sektor bernilai tinggi.

"Antara usaha utama termasuk Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang memperuntukkan RM1.2 bilion melalui Dana Pemacu bagi melaksanakan pelaburan bersama pengurus dana swasta (co-GP). Dana ini akan memberi tumpuan kepada sektor berimpak besar seperti peralihan tenaga, keterjaminan makanan, dan ekonomi digital." kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) di Dewan Rakyat.

Selain itu, Khazanah Nasional turut melaksanakan Program Syarikat Mid-Tier dengan pembiayaan RM250 juta bagi memperkukuh keupayaan dan daya saing syarikat peringkat pertengahan, sekali gus menyokong matlamat Malaysia menjadi peneraju ekonomi bernilai tinggi di rantau ini.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN