fb fb fb fb fb

Gerakan Koperasi di Pahang dijangka dapat capai sasaran SKM

JERANTUT, 26 Jun- Gerakan Koperasi di Pahang dijangka dapat memenuhi sasaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu “Road to 1 Billion Ringgit Turnover 2025”.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, berdasarkan rekod SKM, perolehan Gerakan Koperasi di Pahang pada tahun lalu berjumlah RM860.53 juta.

Ia sekaligus menjadi perolehan kedua tertinggi di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan.

"Mereka sehingga hari ini  berjaya mendapat RM890 juta dan sekarang baru bulan Jun. Jadi untuk dapat kan RM110 juta tiada masalah jadi memang sasarannya tepat. Saya bimbang sasaran itu rendah, sepatutnya mungkin sasaran itu RM1.2 bilion atau RM1.3 bilion patut mesti lebih dari itu", katanya.


(Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Pahang di Jerantut.

Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 1 juta pada tahun ini untuk disalurkan kepada Gerakan Koperasi Pahang.

RM300,000 untuk tujuan promosi dan RM700,000 bagi tujuan pembangunan.

Pahang turut mempunyai koperasi pertama yang berdaftar pada tahun 1926 dan masih kekal relevan sehingga hari ini iaitu Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad yang didaftarkan pada 1 Januari 1926.

Media Baharu