fb fb fb fb fb

KPLB komited bantu kerajaan hadapi masalah keselamatan makanan

(FOTO FAIL)

KUALA NERUS, 26 Jun - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) komited membantu kerajaan dalam menghadapi permasalahan berkaitan keselamatan makanan yang menimbulkan kebimbangan rakyat ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara tersebut bukan hanya dihadapi oleh negara bahkan turut dialami di peringkat global.

Katanya, ia secara tidak langsung telah memberi kesan kepada negara yang bergantung kepada eksport makanan, menyebabkan berlakunya kekurangan di pasaran sekaligus mengakibatkan kenaikan harga.

(Datuk Seri Mahadzir Khalid)

"Kita hendak membantu kerana kita ada tanah, ada agensi wilayah, ada sedikit peruntukan kewangan sama ada daripada kerajaan atau agensi itu sendiri.

"Jadi, kita membuat keputusan di peringkat KPLB untuk membantu kerajaan dalam bidang pemakanan salah satunya adalah ayam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah Ke-3 Tahun 2022 di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini.

Tambah Mahdzir setakat ini, bekalan makanan negara masih mencukupi dan kerajaan sedang mengatasi perkara itu.

"Kita cuba yang terbaik sebenarnya dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri cuba yang terbaik untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Media Baharu