fb fb fb fb fb

Generasi muda diseru bersihkan pemikiran, teruskan perjuangan generasi terdahulu

KUANTAN, 31 Ogos - 'Bersihkan pemikiran, teruskan perjuangan'.

Itu antara pesanan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolonel Muhammad Junaidi Salleh.

Beliau antara pesara angkatan tentera yang terlibat dalam misi menentang komunis satu ketika dahulu.

(Leftenan Kolonel Muhammad Junaidi Salleh)

"Orang muda ada peranan masing-masing di dalam sektor masing-masing, pastikan semangat untuk terus memartabatkan negara. Jangan kita terpengaruh dengan unsur-unsur luar yang cuba pengaruhi pemikiran.

"Hari ini, ancaman adalah ancaman pemikiran yang cuba memesongkan pemikiran kita daripada kesetiaan negara, kepada raja, kepada perlembagaan kita itulah yang kita harapkan. Generasi-generasi lama kita sudah tidak ada kemampuan lagi, kita mengharapkan generasi sekarang untuk terus mempertahanakan negara," katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 peringkat negeri Pahang, di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 2, di sini.

Tambah Junaidi, generasi hari ini masih perlu dididik untuk terus bersatu mempertahankan negara tanpa rasa curiga antara satu sama lain.

Sementara itu, bagi pesara polis, Ahmad Zaidi Ali tema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” wajar diangkat menjadi penanda kebersamaan rakyat.

(Ahmad Zaidi Ali)

"Amat berbesar hati, berbangga dengan kehadiran ramai yang begini rupa jadi kita sedia maklum tugas kita memang untuk menjaga keamanan, keadilan negara. Sebelum ini dan hari ini kami berbangga sangat dapat memberi peluang kepada kontinjen kami untuk bersama dalam perbarisan pada hari ini," katanya.

Media Baharu