fb fb fb fb fb

Kerajaan Keluarga Malaysia kekal utamakan integriti, patuhi pengasingan kuasa - Annuar

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 31 Ogos - Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal istiqamah mengutamakan soal integriti dan mematuhi setiap prinsip pengasingan kuasa serta menjaga aspirasi dan harapan rakyat dalam setiap dasar kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan setiap keputusan serta dasar kerajaan mesti mengikut jalur peraturan dan keluhuran undang-undang.

(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa)

"Kerajaan kekal mengutamakan integriti dalam setiap tindakan kerajaan dan tiada siapa boleh paksa Perdana Menteri buat sesuatu yang tidak kena dengan keluhuran undang-undang dan pengasingan kuasa dan juga integriti kerajaan Keluarga Malaysia," kata Annuar pada sambutan Kemerdekaan ke-65, di sini.

Tambah Annuar, segala syor atau cadangan yang bersifat menjaga kepentingan kumpulan atau puak hanya sekadar pandangan peribadi atau polemik politik.

Media Baharu