fb fb fb fb fb

Suspek cuba cederakan lelaki ditahan

(Futej menunjukkan suspek mengheret mangsa dan menyebabkan kecederaan di kaki)

KLUANG, 31 Ogos- Seorang lelaki berumur 27 tahun ditahan, di Taman Emas, Kluang pada jam 10.10 malam kelmarin.

Pada hari yang sama, suspek dipercayai terlibat kes cuba mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki, di Kluang Baru, pada jam 3.00 petang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, "siasatan awal mendapati insiden berlaku disebabkan salah faham antara suspek dan mangsa."

Insiden tersebut sempat dirakam dan kemudian tular di media sosial telah memaparkan mangsa sempat berpaut pada pintu kereta suspek, sebelum terjatuh, dan mengakibatkan kakinya digilis kereta berkenaan.

Semakan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

(Tangkap layar kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang)

Media Baharu