fb fb fb fb fb

Jam Matahari tarikan terbaharu Perak

(Yang Dipertua Persatuan Peminat Ilmu Falak Negeri Perak, Mahruzaman Misran ketika 
majlis pelancaran jam matahari di Masjid Abdul Rahman Auf, Ipoh Perak)

IPOH, 31 Ogos- Dalam usaha menghidupkan warisan sains dan seni Islam, jam matahari atau Rukhamah dibina di Masjid Abdul Rahman Auf, Ipoh Perak sebagai tarikan baharu bertujuan mempamerkan artifak tradisi Islam.

Yang Dipertua Persatuan Peminat Ilmu Falak Negeri Perak, Mahruzaman Misran berkata, sebelum kemunculan jam mekanikal, jam matahari adalah peralatan utama bagi pengukuran masa sejak dari zaman dahulu dan kini penggunaannya masih relevan dalam mengukur ketepatan masa.

Jelas beliau, selain mengukur masa, jam matahari juga mempunyai pelbagai fungsi lain antaranya penunjuk waktu solat dan penunjuk arah kiblat.

Mahruzaman Misran turut menambah, "kita jangan tertumpu pada jam dinding analog dia kadang-kadang jam tu buat silap jadi muazzin perlu melihat jam matahari ni.

"Kalau dulu di masjid ni ada seorang pakar, dia panggil macam pakar falak la yang menjaga waktu ini sebab kita nak tentukan waktu solat.

"Kita sembahyang awal pun tak boleh jadi kita perlu tepat begitu juga dengan berbuka puasa dan sebagainya." Katanya ketika ditemui pemberita.

Tambah beliau, jam matahari berkenaan merupakan yang pertama dibina di negeri Perak dan pihaknya bercadang untuk menambah bilangan jam tersebut pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran jam matahari di Masjid Abdul Rahman Auf, Ipoh Perak.

(Mahruzaman Misran, Yang Dipertua Persatuan Peminat Ilmu Falak Negeri Perak, 
menandatangani pelancaran jam matahari di Masjid Abdul Rahman Auf, Ipoh Perak)

 

 




Media Baharu