fb fb fb fb fb

20,000 pengunjung membanjiri Padang Kota Lama

(Perarakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang)

GEORGE TOWN, 31 Ogos- Hampir 20,000 pengunjung hadir bagi menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik Covid-19, sambutan hari kebangsaan di Padang Kota Lama, George Town, amat meriah.

Kemeriahan ini turut dikongsikan pengunjung yang hadir antaranya Mohd Shahrulnizam Ahmad Rashid, seorang kakitangan awam berkata, "rasa amat teruja pada tahun ini, disebabkan dua tahun tidak dapat merayakan hari kemerdekaan kita pada tahun ni, saya tengok dan saksikan agak meriah sambutannya di Pulau Pinang."

Perkara sama turut disuarakan pengunjung dari Sarawak, Darmatatsiah Omar, "saya berasa amat teruja sekali kerana ini adalah pertama kali saya menyambut hari kebangsaan di Pulau Pinang, di sini sangat meriah."

Tidak kurang juga buat mereka yang berkongsi pengalaman, "yang pertama sekali saya menyambut merdeka secara langsung dan saya rasa sangat bertuah kerana sambutan kali ini amat meriah yang penting, merdeka." Kata Nurul Aishah Izzai Zaidi yang merupakan seorang pengunjung ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Padang Kota Lama.

Bagi Nurul Syazwani Soharuddin, "perasaan hari ni sangat teruja, disebabkan kita dah selama dua tahun tidak menyambut hari kemerdekaan disebabkan pendemik COVID-19 jadi, hari ini adalah merupakan merdeka yang pertama disambut selepas COVID-19 dan perasaan bercampur baur itu ada, seperti sedih dan gembira." Jelasnya ketika ditemui pemberita.

Sambutan kali ini, turut dimeriahkan dengan perarakan masuk semua kontinjen daripada jabatan pusat, negeri, sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO) serta badan persatuan lain.

Majlis sambutan dirasmikan Yang DiPertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.Hadir sama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

(Antara pengunjung hadir bagi menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang)

 

Media Baharu