fb fb fb fb fb

Premis hiburan beroperasi lebih masa diserbu, 298 ditahan

JOHOR BAHRU, 31 Ogos- Polis menahan 298 individu berumur 18 hingga 60 tahun dalam serbuan di dua buah premis hiburan di sini, yang beroperasi melebihi masa.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata operasi menerusi Operasi Khas Ambang Merdeka itu turut melibatkan penahanan tiga lelaki yang dikehendaki polis.

Antara yang ditahan termasuk seorang wanita dan seorang lelaki, bertugas sebagai juruwang dan penjaga premis.

Hasil ujian urin mendapati lima individu positif ganja, manakala seorang positif ketamin.

(Datuk Kamarul Zaman Mamat)

Kedua-dua premis dilapor memiliki lesen perniagaan sah, namun beroperasi melebihi masa dibenarkan, iaitu antara 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Kesemua individu terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi tujuan dokumentasi dan tindakan diambil mengikut Seksyen 11 (2) Enakmen Hiburan Negeri Johor 4 / 98, selain Seksyen 15 (1) (A) Akta Dadah Berbahaya
1952.

Media Baharu